Apakah Nourven?
NOURVEN berasal dari kombinasi perkataan Nour ( perkataan arab: Nuur) yang bermakna cahaya atau pemahaman dan Ven sebagai singkatan dari perkataan English: venture yang membawa erti usaha. Di Nourven, kami berdedikasi berusaha untuk membimbing setiap individu mengenali kemampuan dan rahsia diri di dalam perjalanan menuju cahaya pemahaman, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan dan segala bentuk vibrasi positif tanpa mengira bangsa dan agama.
Nourven di tubuhkan untuk menjadi pusat ilmu yang menggabungkan keilmuan gabungan tradisi barat dan timur. Tenaga pengajar kami mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas hingga lebih dari 30 tahun di dalam bidang metafizik dan parapsikologi. Di Nourven, kami memegang teguh keaslian keilmuan timur namun menggunakan konsep sains moden sebagai pembuktian bagi setiap keilmuan yang ditawarkan. Kaedah komprehensif ini menjadikan Nourven sebagai sebuah pusat pembelajaran yang lebih holistic , mudah dan efektif.
Misi Kami
Fokus Utama Nourven adalah di dalam bidang Pengembangan Potensi Diri dan Ilmu Hikmah.
Misi kami adalah untuk membantu setiap individu dengan mengenalpasti kaedah terbaik untuk melakukan rawatan atas diri sendiri dan insan lain, membangkitkan vibrasi positif dan aura keberuntungan, mempengaruhi insan lain dengan menggunakan kaedah minda bawah sedar, membangkitkan potensi diri untuk mengetahui keputusan yang terbaik di dalam setiap keadaan dan pelbagai keilmuan dan kemampuan lain yang akan di bangkitkan serta kekal menjadi milik siswa Nourven. Segala kelebihan dan kemampuan ini boleh di gunakan untuk diri sendiri atau membantu insan lain agar bermanfaat dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat. Segala teknik dan keilmuan di Nourven merupakan gabungan kaedah barat dan timur yang di simpan rapi selama beribu tahun dan di ajarkan secara mudah, praktikal dan sistematik.
Jaminan Kami
Kami mempunyai Refund Policy yang jelas iaitu Jaminan Mahar di kembalikan sepenuhnya dalam tempoh 7 hari selepas sesi penijazahan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keilmuan atau perkhidmatan dari kami
Alumni Nourven
Apabila anda telah mengikuti apa sahaja kursus atau sesi pengijazahan di Nourven maka secara rasminya anda telah bergelar sebagai Alumni Nourven.
Sebagai seorang alumni, anda akan diberikan ID Khas Alumni dan berhak untuk menerima potongan 20% di atas apa sahaja keilmuan atau produk yang di tawarkan di Nourven.
Alumni juga secara otomatik di daftarkan di dalam program Skim Keuntungan Bersama Alumni (SKBA) di mana setiap alumni berpeluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebagai satu jemaah besar Nourven
Pembayaran Mahar
Transaksi Pembayaran mahar hanya menggunakan akaun rasmi syarikat dan tidak menggunakan akaun individu agar mudah proses audit di jalankan dari masa ke semasa.
Mahar yang diterima akan di gunakan untuk kos operasi Nourven dan juga di kongsi bersama alumni di dalam Skim Keuntungan Bersama Alumni (SKBA)
Terapi Energi merupakan satu kaedah attunement dan pembangkitan tenaga di dalam diri manusia. Kaedah ini akan membuka semua pusat tenaga dan jalur tenaga yang ada pada tubuh serta mampu membuka segala hambatan2 diri yang tersimpan. Anda akan mampu mengakses segala energi yang telah di…
Alamat: Nourven – Pusat Pengembangan Potensi Diri & Ilmu Hikmah No 18B, 1.3 (Level 1), Jalan Jubli Perak 22/1, 40300 Shah Alam Selangor Drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw281qznkj Whatsapp Nourven : +6011-3193 2488 Email : nourvenmalaysia@gmail.com
Adakah Keilmuan di Nourven Menggunakan Makhluk halus dan Jin? Kami di Nourven meyakini bahawa manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dan Tuhan Yang Maha Kaya telah melengkapkan kita dengan segala rahsia dan kemampuan yang mampu mengatasi segala cabaran di dunia ini. Tidak perlu menggunakan…
Alam bereaksi mengikut amalan manusia dan hakikatnya alam kini telah mula memberontak kerana perbuatan yg telah kita lakukan
Setiap sumber makanan mempunyai energi yin dan yang yang berbeza. Untuk masyarakat di nusantara ini tidak asing lagi dengan meminum air kelapa muda. Tetapi tahukan anda kelapa tua juga mempunyai khasiat yang jauh lebih baik dan bermanfaat berbanding kelapa muda? Buah kelapaa boleh di…