Alam dan manusia

Alam bereaksi mengikut amalan manusia dan hakikatnya alam kini telah mula memberontak kerana perbuatan yg telah kita lakukan

Buah Kelapa Tua Sebagai Terapi

Setiap sumber makanan mempunyai energi yin dan yang yang berbeza. Untuk masyarakat di nusantara ini tidak asing lagi dengan meminum air kelapa muda. Tetapi tahukan anda kelapa tua juga mempunyai khasiat yang jauh lebih baik dan bermanfaat berbanding kelapa muda?

Buah kelapaa boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu

i) Daging buah yang berwarna putih

ii) Air kelapa

Daging buah yang berwarna putih biasanya di parut untuk dijadikan santan sementara airnya ada di gunakan sebagai campuran untuk membuat santan tersebut dan ada juga yang membuangnya sedangkan air kelapa mempunyai energi Yin dan Yang yang amat tinggi

Daging buah kelapa yang tua ini mempunyai energi Yin dengan Indeks Energi +15 hingga +30 dan energi Yang dengan Indeks Energi +10. Di samping itu juga daging buah kelapa tua ini mempunyai kandungan Omega-3 dan Omega-6 yang memberikan manfaat untuk menyeimbangkan Kolesterol

Olehkerana itu mulai hari ni kita semua kena mulai rajinkan diri untuk meminum dan memakan buah kelapa tua untuk mencapai kesihatan yang lebih baik 😉